Panduan Mudah Menjahit Bersama Pola

Panduan mudah menjahit bersama-sama pola. Belajar menjahit sendiri dengan teknik mudah.

Whatapps/SMS [TUTOR] Ke 0139792581

Jahit Insang Pari

Jahitan tetap yang boleh digunakan untuk mengemas tepi fabrik dan sebagai jahitan hiasan. Jahitan ini dijahit dari kiri ke kanan. Bagi mendapatkan hasil jahitan yang cantik, insang pari yang dihasilkan mestilah sama besar dan sama tinggi.



-Buat tiga mata jahitan jelujur halus dalam kedudukan menegak di sebelah kiri untuk memulakan jahitan.

-Jahit tegak di atas jelujur halus.Cucuk jarum menghala ke belakang dalam kedudukan jarum menegak.
-Lalukan benang di bawah jarum.

-Tarik jarum dan benang hingga gelung benang rapat ke tepi lipatan fabrik.

-Teruskan menjahit mengikut langkah yang sama sehingga selesai. Pastikan jarum sentiasa dalam kedudukan menegak.